Banner

Main Menu

HomeWebTV

Login



Usratika PDF Print E-mail

Persembahan Usratika Di Pesta Buku Antarabangsa 2008 Usratika adalah himpunan anak muda yang berada di dalam kerangka gerak kerja ABIM, PKPIM dan GPTD yang bertekad untuk menggerakkan agenda pembangunan insan menerusi wadah muzik. Mereka memperjuangkan mesej yang kuat dan diadun dengan garapan muzik kontemporari agar dapat menjadi alternatif kepada dunia muzik hari ini yang lebih tertumpu kepada lagu-lagu asmara cinta dan budaya kapitalisme, termasuklah rancangan realiti yang tumbuh bagaikan cendawan. Usratika telahpun menerbitkan album mereka sendiri berjudul “ kemusafiran ini” dengan lagu-lagu bertenaga seperti Bagaikan Si Anak Kecil dan Mengharung Zaman. Ikuti perkembangan minda, jiwa dan pemikiran Usratika di http://www.usratika.blogspot.com