Banner

Main Menu

HomeWebTV

Login



Seminar AKK PDF Print E-mail

Forum Pengkaji Pemikiran &Tamadun Siri Ke-17

Pada penganjuran siri Forum AKK buat kali ke 17 pada hari Khamis, 22 Mei 2008, Dr. Syamsuddin Arif dari UIA telah diundang untuk menyampaikan wacana bertajuk “ Metodologi Orientalis dalam Studi Islam”. Dalam pembentangan beliau, Dr. Syamsuddin telah menerangkan tentang siapakah yang dimaksudkan sebagai Orientalis, metodologi yang digunakan serta kesilapan yang terdapat pada metodologi yang digunakan oleh mereka untuk mengkaji Islam. Di samping, beliau turut mendedahkan tentang bagaimana dunia Barat cuba untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan menaja generasi muda Islam ke bidang pengajian Islam di Barat yang berasaskan metodologi yang digunapakai oleh kelompok Orientalis. Dr. Syamsuddin turut menyatakan kesan usaha ini kepada generasi muda Indonesia.